.: K A L A M :.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sgla puji bg Allah, Tuhan y mgsi haty para waliNya dgn kasih sayangNya, dan m’istimewakan jiwa mereka dgn m’perhatikan kebesaranNya, dan m’persiapkan sir mereka utk mnrima bhn makrifatNya, mka hati nurani mrka mrsa b’suka ria dlm kebun makrifatNya, dan roh mrka bersuka² d alam malakutNya, sdg sir mrka berenang d lautan jabarut, mka keluar dr alam fkran mrka b’bgai p’mta ilmu, dan dr lidah mrka mutiara hikmat. Maha Suci Allah y m’mlih mrka dgn kasih sayangNya.

Maka t’bhagi baina salik wa majdzub, dan menyintai dgn y dcntai, mrka tgglam dlm cinta zatNya dan timbul kmbali krna m’phatikan sifatNya.

Kemudian selawat dan salam ats junjungan kita nabi Muhammad sumber dr semua ilmu dan nur, bibit dr smua makrifat dan sir. Dan semoga Allah redha pd koge dan shbt²nya y tetap taat mgkuti jejaknya. Aaaamin.

B’syukur ana ke hadrat Ilahi. D atas khndakNya, mka lahirlah blog ini utk tatapan sume saudara xkira muslim or non-muslim.

Blog ini insyaallah akn mgndungi ulasan ilmu ketuhanan y amat b’gna utk d jadikan rujukan dan prgtan kpd setiap makhluk d muka bumi ini. Sebagaimanapun kita sdia maklum bhwa ilmu Allah Maha luas utk manusia y kerdil menerokainya. Namun kita d tuntut utk mnmbanya sbyak mgkin.

Justeru itu, blog ini insyaallah akn m’post’kn sbyk mgkin topik dan huraian y mudah d fahami. Bkn itu sahaja, blog ini juga insyaallah akn mgmaskini serta m’plbgaikan isi² bg santapan sume.

Akhir kalam, sama²lah kita mnmba ilmu Allah sbyk dan seikhlas mgkin agar dpt kita m’insafi kelemahan dri dan m’baiki dri kita dr masa ke semasa. Mudah²an kita akn t’golong d dlm glgan muslim sejati dan d redhai.

.: Al-'alaq :.

.: Al-'alaq :.
“bacalah (wahai Muhammad) dgn nama Tuhanmu y m’ciptakan (skalian makhluk), Ia m’cptakan mnusia dr sebuku drah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mgjarkan mnsia apa y x dktahuinya.”
Selamat membaca wa ukhwah fillah.

Sunday, April 26, 2009

كوكو

Kuku Anda Panjang..???

From: "noor shamsinar shamsinar"
Renung2kan.. .selamat beramal..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya samaseperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemuababi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jarikelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apaalasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada dikuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akanboleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dantidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah keranamempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang .Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yangpandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkukupendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najismanusia, iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan dirisendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah denganSiti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw..berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah dijari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk danjari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitukaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias didalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dariAllah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin denganniat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUNDAPAT PAHALA GAK INSYAALLAH

قيسة استري

Kisah Empat Isteri

Sama-sama kita baca artikel dibawah dan kita ambil pengajaran dr apa yang terkandung didalamnya....dan sama-sama kita sampaikan pada org yang tak masuk dalam portal ini....semoga kita dapat manfaat bersama.wallahualam....

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.

Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati".

Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

قيسة ابليس برتمو رسول الله صلى الله عليه وسلام

Part 1 - Iblis kunjungi Rasulullah

DARIPADA Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas r.a., “Ketika kami bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, ‘Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku’ .”
Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”
Kami menjawab: “Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Baginda melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah SWT bersamanya.”
Umar bin Khattab berkata, “Izinkan aku membunuhnya, wahai Rasulullah.”
Nabi menahannya, “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah SWT memberinya kesempatan sehingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab dia sudah diperintahkan untuk ini. Fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”
Ibnu Abbas r.a. kemudian memaklumkan: “Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya ada tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya kelihatan seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.”
Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu hadirin.”
Nabi menjawab, “Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”
Iblis menjawab, “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”
“Siapa yang memaksamu?” tanya Nabi.
Iblis menjawab, “Seorang malaikat utusan Allah SWT mendatangiku dan berkata, “Allah SWT memerintahmu mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad mengenai caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah SWT, andai kau berdusta satu kali saja, Allah SWT akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

Part 2 - Iblis gentar

IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:
Amalan yang menyakiti iblis
Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”
Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.
Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”
Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika ia membaca al-Quran.”
Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”
Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.
Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Soal baginda seterusnya, “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis menjawab, “Taubat orang yang bertaubat.”
Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”
Dan dijawab iblis, “Di bawah kuku manusia.”

Part 3 - 70,000 anak bantu iblis

IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.
Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:
Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”
Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”
Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”
“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”
“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”
“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”
“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”
“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”
“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”
“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”
“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”
“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.
“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”
“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

Part 4 - Pendusta sahabat iblis

IBLIS laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan junjungan mulia.
Berikut adalah sambungan jawapan diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia.
“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.”
“Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.”
“Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar.”
“Sebab, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, cerai.”
“Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.”
“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘Lihat kiri dan kananmu,’ ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah.’ Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.”
“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.”
“Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat.”
“Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.”
“Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat.
Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.’
‘Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”
“Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” kata iblis.

Itu semua cara digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT bukannya sesama manusia.

Friday, April 17, 2009

دمي ماس مأنسي سلالو ترلوفا

"Subject:'DEMI MASA' manusia selalu terlupa
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun= 18250 hari= 458000 jam1
2 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan;
dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya:Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahalkita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat
18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan....
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
"Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memangbenar!!!
Menuntut ilmu itu ibadah,
kalau niatnya untuk ibadah,
tetapikebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita,
kita tidak akan belajar...
Memang benar!!!
Bekerja cari nafkah itu ibadah,
tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir;
solat wajib besar pahalanya,
solat amalan pertama yang dihisab,
solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =
18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:
waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? )
2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta,
baik yang sengaja ataupun tidak,
dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita,
dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir,
dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian :
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita... Akhirat
TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa'' "

Tuesday, April 14, 2009

انم فركرا ترس عقيدة اسلام

Ditulis oleh: Ustaz Ahmad Faidzurrahim
السلام عليكم ورحمة الله

Dalam menjelaskan akidah Islamiah yang sebenar maka mestilah bersumber dari Kitabullah dan Sunah Rasulullah. Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis bahawa malaikat Jibril telah bertanya kepada Nabi Muhammad beberapa perkara supaya baginda menjawab dan dapat diketahui oleh para sahabat. Antaranya ialah tentang keimanan, lalu baginda menjawab:

الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره

Maknanya: Iman adalah beriman dengan Allah, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.

1- BERIMAN DENGAN ALLAH

Beriman dengan Allah ialah meyakini bahawa Dia ada/wujud dan kewujudan-Nya tiada permulaan dan pengakhiran, firman-Nya yang berbunyi:

هو الأول والآخر

Maknanya: Dia Yang Awal (Yang tiada permulaan) dan Yang Akhir(tiada pengakhiran) (Hadid:3)

Dan wajib meyakini bahawa Allah Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, firman-Nya yang berbunyi:

وإلهكم إله واحد

Maknanya: Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa.(al Baqarah:26)

Dan wajib meyakini bahawa Allah tidak berhajat pada yang lain dari makhluk-Nya, Dia yang mencipta semua makhluk, Dia yang mencipta arasy dan tidak berhajat kepadanya, bukan seperti akidah sesat lagi kufur golongan Wahhabiah yang meyakini bahawa arasy itu adalah tempat bagi Allah. Firman-Nya yang berbunyi:

فإن الله غني عن العالمين

Maknanya: Maka sesungguhnya Allah tidak berhajat pada sesuatu pun(al Imran: 97)

Dan wajib meyakini bahawa Allah tidak akan sekali-kali menyamai makhluk-Nya, tidak bertempat, berarah, tidak beranggota, tiada bagi-Nya mata, telinga, kaki dan selainnya dari anggota-anggota makhluk. Ini bercanggah dengan pegangan orang bukan Islam seperti Wahhabi misalnya yang meyakini bahawa Allah beranggota. Firman Allah berbunyi:

ليس كمثله شيء

Maknanya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya (al Syura:11)

Dan wajib meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa (Qodir) ke atas setiap sesuatu, tidak ada sesuatu yang di langit dan di bumi dapat melemahkan dan menghalang-Nya, firman-Nya yang berbunyi:

وهو على كل شيء قــديــــر

Maknanya: Dan Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (al Mulk: 1)

Dan wajib meyakini bahawa Allah melakukan apa yang dikehendaki oleh-Nya, firman-Nya yang berbunyi:

وما تشآؤن إلا أن يشآء الله

Maknanya: Kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu, kecuali apabila ia dikehendaki oleh Allah (al kausar:29)

Dan Allah Maha mengetahui semua benda, ilmu-Nya meliputi semua benda, tiada sesuatu pun yang dapat lari dari pengetahuan Allah. Friman-Nya yang berbunyi:

وهو بكل شيء عليم

Maknanya: Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu (Hadid:3)

Dan wajib meyakini bahawa Allah Maha Hidup dan tidak akan mati, firman-Nya yang berbunyi:

وتوكل على الحي الذي لا يموت

Maknanya: Dan bertawakallah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, Yang tidak mati.(al Furqan: 58)

Dan meyakini bahawa Allah Maha Mendengar dan Maha melihat tanpa ada penyamaan dengan makhluk, firman Allah yg bermaksod:

Dialah Yang Maha mendengar dan Maha Melihat(al syura:11)

Dan wajib meyakini bahawa Allah berkata-kata(kalam), firman-Nya yang berbunyi:

وكلم لله موسى تكليماً

Maknanya: Allah berkata-kata kepada Musa dengan kata-kata. (al Nisa’:164)

Inilah diantara perkara-perkara yang berkaitan dengan Tuhan kita yang wajib kitab beriman dengannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, tidak diliputi oleh tempat dan tidak dilalui oleh masa, inilah ijmak para ilmuan Islam seperti yang dinukilkan oleh Imam al Baghdadi dalam kitabnya Al Farqu baainal Firoq.

2- BERIMAN DENGAN PARA MALAIKAT

Wajib beriman dan mempercayai pada kewujudan para malaikat yang mulia. Mereka adalah makhluk Allah yang dicipta dari cahaya. Nabi bersabda:

خلق الله الملائكة من نور

Maknanya: Allah mencipta para malaikat dari cahaya. (Muslim)

Telah berkata Saed bin al Musayyab:

إن الملائكة لا يتوالدون ولا يأكلون ولا يشربون ولا ينامون وأنهم ليسوا ذكوراً ولا إناثاً

Maknanya: Sesungguhnya para malaikat tidak beranak, tidak makan dan minum, tidak tidur,mereka bukanlah lelaki dan perempuan Para malikat adalah makhluk Allah yang sentiasa mentaati perintah-Nya dan tidak akan sekali-kali melawan-Nya.

Firman Allah yang berbunyi:

لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون

Maknanya:Mereka (malaikat)tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Tahrim:6)

Ada seperkara lagi yang ingin dijelaskan di sini ialah peristiwa dongeng yang mengatakan bahawa Harut dan Marut diuji dengan seorang wanita yang bernama al Zahrah kemudia terpedaya dengannya. Sesungguhnya peristiwa ini tidak benar dan tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara-perkara akidah.

3- BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB SAMAWIYYAH

Wajib meyakini bahawa kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah ke atas para rasul-Nya melalui malaikat jibril. Semua kitab-kitab tersebut adalah benar dan sesuai pada setiap umat, padanya syariat-syariat yang menjelaskan suruhan-suruhan Allah yang mesti dipatuhi. Diantara kitab-kitab-Nya yang masyhur ialah al Quran, Injil, Taurat dan Zabur. Dan mesti kita beriman bahawa kalam Allah bukan dari karangan Jibril, dan juga bukan dari karangan nabi Muhammad, Isa, Musa alaihimussalam. Manakala kitab-kitab Allah yang diturunkan ke atas para utusan-Nya itu adalah ibarah yang menunjuk pada zat kalam Allah yang azali dan abadiPeringatan: Boleh dikatakan kitab samawi yang bermaksud kitab-kitab yang diturun dari langit, manakala kalimah agama-agama langit (adyan samawiyyah) adalah tidak boleh kerana agama langit yangh diterima oleh Allah hanya satu sahaja iaitu agama Islam.

4- BERIMAN DENGAN PARA RASUL

Wajib beriman dengan utusan Allah, sama ada dari kalangan rasul maupun nabi. Sesungguhnya para rasul membawa syariat yang memansukhkan syariat yang sebelumnya atau membawa syariat yang baru, manakala para nabi yang bukan rasul adalah yang diwayhukan kepadanya untuk mengikut syariat yang sebelumnya. Jadi kedua-duanya iaitu nabi dan rasul diwahyukan kepadanya dan disuruh menyampaikan seruan wahyu itu. Dan nabi itu bukanlah dimaksudkan dengan orang yang diturun kepadanya wahyu dan tidak perlu disampaikan pada org lain, definisi ini adalah salah. Semua para nabi dan rasul beragama satu iaitu Islam. Para nabi dan rasul wajib mempunyai beberapa sifat iaitu benar, cerdik, berani. Mustahil mereka memiliki sifat menipu, khianat, melakukan perbuatan-perbuatan hina, bodoh, penakut. Meraka juga maksum(terpelihara) dari kekufuran dan dosa besar dan perbuatan-perbuatn hina sama ada sebelum kenabian mereka atau selepasnya. Inilah pegangan Islam dan akidah Ahli sunnah Wal jamaah, dan ini bercanggah dengan ajaran songsang HIZBU TAHRIR yang mengatakan bahawa Nabi tidak maksum sebelum kenabiannya..Subhnallah.

5- BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

Wajib meyakini kebenaran hari akhirat, iaitu Allah Taala akan membangkitkan orang-orang yang di dalam kubur. Nabi kita telah menceritakan beberapa perkara yang berlaku pada manusia selepas kematian iaitu’ azab kubur, mizan, neraka, titian,kolam, syafaat, syurga, melihat Allah di akhirat kelak, berbeza dengan pandangan songsang Muktazilah yang bercanggah dengan Ahli sunnah yang menafikan ru'yah (melihat)Allah di akhirat kelak

6- BERIMAN DENGAN QODAR

Wajib meyakini bahawa setiap yang baik dan buruk itu adalah dengan taqdir, kehendak dan ilmu Allah subhanahu wataala. Maka setiap perbuatan baik manusia adalah dengan takdir Allah dan Allah meredhai sedemikian, manakala perbuatan manusia yang buruk juga dengan takdir Allah tetapi Dia tidak meredhainya. Ini bertentangan dengan ajaran songsang HIZBU TAHRIR yang mengatakan bahawa perbuatan manusia itu tiada kaitan dengan takdir Allah kerana manusia itu sendiri yang mencipta perbuatannya. Ini adalah satu kekufuran yang mana ianya berasal dari akidah songsang golongan muktazilah.

Moga-moga dengan akidah yang sebenar ini kita akan digolongkan di kalangan mereka yang diredhai oleh Allah dan dijauhi dari ajaran-ajaran songsang yang bercanggah dengan Islam seperti yang dinyatakan di atas tadi.Wallahamdulillahirobbil alamin

Disediakan oleh: Tuan Blog
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/2009/04/enam-perkara-teras-akidah-islam_04.html

Sunday, April 12, 2009

واجه شهداء فلسطين

Tiada sinar dan cahaya seindah cahaya dan sinar Syurga
Aku mendapatkan kekasihku ...oh TuhanKu


Pergi mendapatkan janji Allah swt


Tiada yang lebih hebat dan manis selain syahid


Bangga mendapat syahid yang diidamkan


الموت في سبيل الله أسمى أمانينا


Friday, April 10, 2009

mencintai = melindungi?

Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini?

Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)
Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.
Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.
Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: Timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman.
Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya?
Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka.Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk CINTA?

أنتارا تربية دان دعوة


Apakah kesan tarbiyyah tanpa da'wah?

Tarbiyyah adalah potensi seperti air dalam badan manusia. Sememangnya air diperlukan,namun ia perlu bergerak dan dijelmakan dalam bentuk pelbagai seperti darah dsb.Jika air tersebut diperam didalam badan ie tak dibuang,ia akan menyebabkan penyakit. Segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiyyah yang tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi da'wah akan menyebabkan seseorang itu penuh dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum daripada menyeru kearah kebenaran. Tanpa da'wah,tarbiyyah akan merosakkan diri seseorang kerana merasakan diri sahaja betul dan individu lain salah.

Apakah kesan da'wah tanpa tarbiyyah?

Tarbiah adalah minyak yang menyediakan tenaga dan modal kepada penda'wah. Jika pada awalnya si penda'wah bersemangat untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, ia akan ketandusan minyak jika tidak dibekalkan dari semasa ke semasa. Apabila ketandusan minyak, bukan sahaja da'wah tidak dapat dilaksanakan dengan baik malah kekadang si penda'wah itu sendiri rasa letih dan tidak mampu meneruskan kerja da'wah. Inilah asas kepada gejala keguguran di medan da'wah. Tarbiyyah yang kurang mantap memudahkan seseorang itu gugur daripada jalan yang mulia ini.

Wallahualam..

*Tambahan*ade seorang sahabat nie terangkan ape maksud da'wah itu luas..n just nak share skit..insyaAllah..

Dier cakap da'wah tue luas. Org skarang nie bile cakap da'wah je mesti terus kaitkan ngan usrah,ceramah agama,masjid n ustaz..tapi sebenarnyer da'wah tue skop dier luas lagi..wat i understand from him,everything that potrays the teaching of Islam,itulah da'wah..cth2 nyer menjaga kebersihan,pemakaian sopan,tepati masa,akhlak baik n berjaya dalam pelajaran pon dah kira da'wah kite pada org lain..cube kite tgk balik sirah Rasulullah SAW kan,camane sifat baginda yg amanah,budi pekerti yg baik dan kepimpinan yang hebat telah banyak menarik hati org2 kepada Islam. Marilah kite cube betulkan 'mind set' org ramai ttg da'wah ni yg hanya berkaitan bende2 agama n ibadah2 sahaja. Tunjukkan yg even isu2 politik,ekonomi n sosial pon dibawah skop da'wah jugak. Mungkin misconception nie berlaku sbb ignorance and mind set yg terpesong oleh media masa jugak.

*musykilah*hmmm salah satu skop da'wah is amar ma'ruf nahi mungkar..senang utk menyeru kepada kebaikan tapi utk cegah kemungkaran tue susah la..kenapa ya?selemah-lemah iman ialah mencegah kemungkaran dgn hati..dengan membenci dan tidak menyokong kemungkaran tue..tapi sampai bile kite nak membenci sahaja tanpa mengambil tindakan dgn tangan dan lidah? =(

{Ali-Imran:104}Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (buat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung.

~KERJA DA'WAH BUKAN DIBUAT PADA WAKTU LAPANG SAHAJA TAPI KITA HARUS LAPANGKAN WAKTU KITA UNTUK DA'WAH~

Wednesday, April 8, 2009

IKHTILAT? IKHWAH? AKHAWAT?


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian.Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan wanita. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan si fulan. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

شرط5

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya."Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham."Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?""

Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?""Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?""

Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

.: Qalbu3 :.